Motorola Edge S

Motorola Edge S akhirnya dilancarkan secara rasmi di China. Ia merupakan antara peranti terawal yang menggunakan cip terkini daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 870. Di samping, turut dilengkapi sejumlah penawaran menarik lain yang menjadikannya memiliki nilai yang tersendiri.

Untuk spesifikasi, Motorola Edge S mempunyai paparan bersaiz 6.7-inci LCD dengan resolusi FHD+. Selain dilengkapi dengan cip Snapdragon 870, peranti pintar ini turut menggunakan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR5), storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1) dan bateri berkapasiti 5000mAh.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (Utama) + 16-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Kedalaman) + sensor TOF. Sementara itu, kamera hadapan pula dilengkapi dengan lensa 16-Megapixel (Utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar). Spefikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, NFC, Bluetooth 5.1 dan sebagainya.


Motorola Edge S ditawarkan pada harga bermula RMB 1999 (RM1,251) untuk varian 6GB + 128GB. Kemudian, RMB 2,399 (~RM1,501) untuk varian 8GB + 128GB dan RMB 2,799 (~RM1,751) pula untuk varian 8GB + 256GB. Buat masa ini, Motorola Edge S hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu..

0/komen