Oppo Reno5 K Dilancarkan Di China


Oppo telah hadir dengan siri Reno5 yang terdiri dengan beberapa model berbeza sebelum ini – ia termasuklah Oppo Reno5 4G, Oppo Reno5 5G, Oppo Reno5 Pro dan Oppo Reno5 Pro+. Terkini, jenama ini dilihat memperkenalkan satu lagi model di bawah siri yang sama – dikenali sebagai Oppo Reno5 K (5G) pula.

Dari segi rekaan, ia kelihatan mirip dengan model Oppo Reno5 5G yang sebelum ini. Bukan itu sahaja, malah sejumlah spesifikasinya juga dilihat hampir sama. Tetapi, perbezaan utama terletak pada penggunaan cip pemproses. Di mana, Oppo Reno5 K dijana oleh cip Snapdragon 750G. Ia juga menerima pilihan warna baharu iaitu kemasan bewarna hijau.

Oppo Reno5 K 5G hadir dengan paparan OLED berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ . Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 90Hz dengan rekaan paparan takuk kecil untuk kamera swafoto sebesar 32-Megapixel (f/2.4). Ia turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan. Memori pula sehingga 12GB RAM (LPDDR4x) dan ruang storan adalah sehingga 256GB (UFS2.1).


Seterusnya, peranti ini didatangkan dengan kuad-kamera bersama gabungan lensa 64-Megapixel (utama) (f/1.7) + 8-Megapixel (sudut-lebar) (f/2.2) + 2-Megapixel (makro) (f/2.2) + 2-Megapixel (kedalaman) (f/2.4 ). Melengkapinya adalah bateri 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas dan perisian yang digunakan adalah ColorOS V11.1 berasaskan Android 11.
 

0/komen