Razer Kraken V3 X Ditawarkan Di Malaysia


Razer kini memperluaskan lagi penawaran fon telinga mereka untuk pengguna setia. Kali ini, mereka dilihat hadir dengan Razer Kraken V3 X dengan rekaan yang lebih ideal bersama sokongan Razer Chroma RGB pada sisi pad telinga. Bercakap mengenai Razer Chroma RGB pada fon kepala ini, ia menyokong sehingga 16.8 juta warna dan corak yang boleh dikustomasi oleh pengguna.

Dari segi rekaan, ia mempunyai pad telinga yang diperbuat daripada kain berkualiti bersama sepasan pemacu audio 40mm Razer TriForce didalam fon kepala tersebut. Selain itu, ia juga dilengkapi mikrofon HyperClear Supercardioid, kawalan audio menerusi butang-butang fizikal, sambungan USB Type A dan berat sekitar 285 gram sahaja. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM399 untuk seunit..





 

1/komen

  1. High Grade Razer Kraken V3 Gaming Headset in UAE, X-Wired UGaming Headset in UAE, SB 7.1 Surround Gaming Headset in UAE
    https://gccgamers.com/gaming-vr.html/razer-kraken-v3-x-wired-usb-7-1-surround-gaming-headset-rz04-03750100-r3m1.html

    BalasPadam

Catat Ulasan