Melihat syarat menjadi angkasawan, tubuh badan yang sihat serta tidak terlalu lanjut usia ialah antara yang teratas. Tetapi bagi Mary Wallace “Wally” Funk akan menjadi manusia tertua ke angkasa lepas pada usia 82 tahun jika misi pertama Blue Origin Blue Sheaperd berjalan seperti dirancang 20 Julai ini.
Beliau akan memecahkan rekod yang dipegang John Glenn yang berusia 77 tahun apabila kembali ke angkasa lepas pada tahun 1998. Wally Funk dipilih kerana pernah menjalani program angkasawan wanita Mercury 13 pada dekad 60an. Walaupun melepasi kesemua keperluan yang ditetapkan oleh NASA, beliau tidak pernah dipilih untuk ke angkasa lepas kerana program hanya menerima lelaki. Menarik sekali dapat beberapa ujian yang dijalankan oleh NASA, markah yang dicatatkan oleh Funk lebih tinggi berbanding yang dicatatkan John Glenn
Pada dekad 70an apabila program NASA mula dibuka untuk wanita, Funk dikatakan tidak layak kerana tidak memegang ijazah sarjana atau mempunyai pengalaman menjadi juruterbang ujian. Walaupun gagal beberapa kali, Funk tidak pernah berputus asal dan berkempen untuk menggalakkan pembabitan wanita dalam program angkasa lepas.
Dengan usia melebihi lapan dekad pasti ada yang merasakan beliau tidak layak menjadi penumpang Blue Shepard pertama bersama Jeff Bezos, Mark Bezos dan individu misteri yang membida $28 juta untuk tiket bulan lalu. Tetapi sebenarnya Funk kekal aktif dan masih bertugas sebagai jurulatih penerbangan setiap minggu. Kalau rezeki tidak kemana walaupun menanti hampir 60 tahun.
Catat Ulasan