Kamera Digital Nikon Z9 Di Lancarkan


Nikon Z9 telah dilancarkan secara rasmi sebagai kamera digital profesional mercu paling berkuasa dari Nikon. Kamera dilengkapi sensor 45.7 megapixel bingkai penuh stacked CMOS yang memberikan kemampuan merakam gambar sehingga tetapan 8K 30FPS dan 20 bingkai gambar sesaat dalam format RAW dengan memori penampan sehingga 1000+ gambar.

Sensor yang digunakan ini dipadakan pula dengan cip pengimejan terkini EXPEED 7 yang menurut Nikon membuatkan Z9 sehingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding Niko Z7 II. Dengan sensor yang pantas, Z9 tidak lagi memerlukan pengatup mekanikal. Ianya cukup pantas sehingga menyelesaikan isu rolling shutter apabila mengambil imej objek yang bergerak pantas. Gambar dapat ditangkap dalam masa  1/32,000 saat. Hanya penghadang disertakan bagi melindungi sensor ketika lensa ditukar.


Prestasi kamera tidak berakhir di sini kerana dalam mod High-Speed Frame Capture sehingga 120 bingkai gambar dapat ditangkap sesaat lengkap dengan AF/AE dengan saiz imej dikecilkan ke 11 megapixel sahaja. Pilihan resolusi rakaman video adalah  8K UHD 24p/30p dan 4K UHD 24p/30p/60p/120p (FX-format). Rakaman video 8K 30p pula boleh dilakukan berterusan sehingga 125 minit. Menerusi kemas kini yang akan diberikan pada tahun 2022 pula, rakaman 8K 60p 12-bit akan diaktifkan. Sementara itu codec yang boleh dipilih ialah H.265 (HEVC), ProRes 422 HQ10, dan H.264/MPEG-4 AVC.


Kamera dilengkapi skrin LCD 3.2″ yang boleh digerakkan pada empat paksi dengan EVF 0.5″ OLED pula beresolusi Quad-VGA bagi memaparkan imej yang terang. Tubuh kamera diperbuat daripada bahan magnesium yang melepasi piawaian kalis percikan air dan debu. Terdapat lapisan pada sensor yang mengelakkan debu dari melekat.

Nikon Z9 akan mula dijual sebelum penghujung 2021 pada harga $5,500 (~RM22,825) sebuah untuk tubuh sahaja.
 

0/komen