Tujuh Permata Atas Busut


Kisahnya bermula di tahun 50'an di sebuah kampung di Pengerang.Johor.Sepasang suami istri hidup bahagia dan mempunyai enam orang anak dan si Istri masih hamil muda untuk anak ke tujuh mereka.

Kisah bermula pada suatu hari ketika mereka berdua bekerja membersihkan kebun mereka,ketika itu cuaca panas terik dan cik Jamilah (Nama istrinya) sedang mencangkul di sepohon serai bersebelahan sebuah busut.Pak Kassim (Si suami) berada agak jauh dari istrinya.Sedang Jamilah khusuk mencangkul di pohon serai itu tiba tiba mata cangkul berbunyi  akibat terkena sesuatu yang agak keras,tiba tiba cik Jamilah melihat ada sebongkah batu keluar dari tanah dan bergolek golek didepannya,bila di belek2 batu tersebut ternyata batu tersebut bukanlah batu biasa tetapi ia adalah emas yang sungguh kemilau,perasaan Cik Jamilah sungguh gembira sambil menjerit jerit memanggil suaminya.

Pak Kassim berlari lari ke arah istrinya s ambil berkata ada apa Milah? Dengan tidak semena2 batu yang berkilau itu bergolek lagi masuk ke dalam lubang dan ghaib,cik Jamilah berapa sangat hairan.Pak Kassim dapat melihat batu tersebut dan dia memarahi istrinya.


"Milah kau ini tolak tuah,kenapa kau panggil aku? Benda tu nak kasi kau bukan orang lain,kenapa kau tak ambil dan simpan dan jangan panggil aku" pak Kassim ni juga bukan orang sembarangan tetapi agak berisi orangnya.Cik Jamilah menangis akibat dimarahi oleh Pak Kassim,akhirnya Pak Kassim memujuk istrinya dengan mengatakan tak apalah mungkin bukan rezeki kita.Rupanya kisah itu tidak berhenti di situ.

Pada keesokan harinya mereka telah mendatangi kebun mereka untuk bekerja,seperti biasa Cik Jamilah pergi ke tempat yang sama di pohon serai bersebelahan busut untuk membersihkan sekitarnya.Sedang leka bekerja mencangkul tiba tiba mata Cik Jamilah seperti silau akibat daripada pancaran cahaya,apabila diamati ternyata cahaya silau itu datang dari sebuah busut.Apabila Jamilah mendekati busut tersebut alangkah terperanjatnya apabila ternampak 7 batu yang berlainan warna yang sangat cantik dan mengeluarkan cahaya yang berkilau,Cik Jamilah ingat pesan suaminya semalam "jangan panggil aku,itu dia nak beri kau" lalu Cik Jamilah pun mengutip tujuh batu tersebut dan memasukkan ke dalam kain sambil mengikat batu tersebut,perasaan Jamilah sungguh gembira di dalam hatinya semalam aku tak dapat bongkah emas,tapi hari ini aku dapat tujuh batu permata,hatinya sangat riang.

Cik Jamilah tidak menceritakan tentang batu tersebut kepada suaminya,tetapi Jamilah telah berbuat silap dan menceritakan kisah tersebut  kepada 5 orang kawan baiknya,bukan sahaja menceritakanya malah Jamilah telah memberikan kawan2nya seorang satu batu tersebut.Jadi 5 batu tersebut telah di berikan ke kawan2nya dan 2 batu itu disimpannya.Selepas tiga hari berlalu,pada malam ke empat Jamilah telah bermimpi didatangi oleh pemilik batu seorang perempuan yang berwajah sangat indah dan berpakaian seperti dewa kayangan dan berwatak seperti ratu.Ratu tersebut telah berkata kepada Jamilah,aku telah wewariskan tujuh batu permata hanya kepadamu,tetapi kau telah melanggar pantang dan memberikan kepada orang lain,dari itu pulangkanlah semua batu2 itu ke tempat asalnya dalam masa tujuh hari,kalau tidak aku akan mengambil darimu benda yang kau sayang.

Pada keesokan pagi Cik Jamilah berasa sangat takut,wajahnya sayu dan tidak bermaya,pak Kassim kehairanan melihat tingkah istrinya lalu bertanya.Cik Jamilah takut untuk menceritakan peristiwa itu tapi tak ada pilihan,muka Pak Kassim berubah,dia menyeringai melihat istrinya sambil berkata "kenapalah kau bodoh sangat Milah" kan aku dah cakap,benda tu nak kasi kau saja,kenapa kau kasi ke orang" cik Jamilah tunduk dan menangis,dengan tidak menunggu lagi Pak Kassim mengajak istrinya berjumpa kawan kawannya untuk mengambil balik 5 batu permata tersebut,mereka cuma dapat empat daripada 5 batu tersebut manakala satu lagi tidak dipulangkan oleh kawanya dengan berbagai2 alasan,akhirnya Cik Jamilah tiada pilihan dia telah memulangkan hanya 6 batu daripada 7 batu di atas busut tersebut.

Pada malam harinya Cik Jamilah bermimpi lagi di datangi oleh ratu tersebut dan ratu telah menagih sebutir lagi permata tersebut,Jamilah tahu yang sebutir lagi permata itu tiada padanya akibat di tipu oleh kawannya,akhirnya ratu tersebut berkata baiklah aku akan ambil dari kau benda yang kau sayang,sebelum habis Jamilah menjelaskan ratu itu ghaib.

Setelah beberapa bulan tibalah masa untuk Jamilah melahirkan anaknya yang ke tujuh.Jamilah berjaya melahirkan bayi  lelaki yang sangat comel,pak kassim sungguh gembira dengan kelahiran baru itu,tapi sayang seribu kali sayang anak mereka cuma dapat hidup tujuh hari sahaja dan meninggal dunia.Pak Kassim dan Jamilah sangat bersedih dengan kematian anak mereka yang sangat comel,ketika urusan menguburkan anak tersebut dan ketika hendak menurunkan jenazah bayi ke liang lahat tiba2 cuaca berubah menjadi ribut dan kilat, semua di situ terperanjat dengan perubahan cuaca dan tanpa disangka2 jenazah yang berada di tangan pak Kassim telah ghaib sebelum sempat diletakkan ke liang lahat,hanya bau wangi yang menusuk di hidung mereka.Benar jenazah bayi mereka telah ghaib!

Pada malamnya Cik jamilah bermimpi lagi di datangi oleh ratu tersebut,tetapi malam ini sangat istimewa kerana Ratu tidak keseorangan kerana ditemani oleh seorang lelaki yang sangat tampan dengan muka yang bercahaya.Ratu itu berkata,Jamilah janganlah kau sedih puteramu ada di sampingku sambil menunjuk lelaki di sebelahnya,Jamilah menangis kerana terharu melihat anaknya yang sungguh tampan dan bercahaya,sambil lelaki itu berkata,wahai ibu,,,janganlah ibu bermuram durja,anakanda baik2 disini dan Ibu ratu juga sangat sayangkan anakanda,jika ibu perlukan pertolongan serulah nama anakanda dan anakanda akan datang membantu ibu,sambil mencium ibunya dengan penuh kesedihan dan kasih sayang.

Sejak mimpi tersebut Cik Jamilah berubah menjadi seorang yang suka tersenyum dan ceria,malah Jamilah mendapat anugerah boleh mengubati orang orang yang sakit yang meminta pertolongan beliau.Demikanlah cerita tentang 7 permata atas busut.

 

0/komen