Oppo hari ini turut melancarkan TWS baharu mereka, iaitu Oppo Enco X2. Ia adalah pengganti kepada Enco X yang sebelum ini dan hadir dengan dwi-pemacu audio. Oppo turut mendakwa yang TWS mereka kali ini adalah yang pertama hadir dengan pemacu kuad-magnet tweeter. Pemacu kedua pula bersaiz 11mm jenis dinamik.
Enco X2 juga merupakan TWS yang menyokong pembatalan hingar aktif, menggunakan Bluetooth 5.2 serta menyokong LHDC 4.0. Piawaian LHDC ini jarang digunakan, pertama dalam dunia adalah daripada Xiaomi. Codec yang digunakan adalah SuperDBEE dengan Golden Sound. Oppo turut masih kekal bekerjasama dengan Dynaudio.
Oppo turut menyertakan sokongan Dolby Audio untuk rakaman yang lebih baik, menggunakan tiga mikrofon, menyokong pengurangan hingar kecerdasan buatan dan putik telinga anti-tahi telinga. Harga jualan adalah 199 Euro dan akan dijual di Eropah terlebih dahulu pada pertengahan April.
Catat Ulasan