Di China Huawei P50 Pocket dengan dua pilihan warna baharu emas dan perak . Selain warna baharu, rekaan P50 Pocket baharu ini juga lebih ringkas tanpa permukaan panel belakang yang bertekstur.
Tiada perubahan dari segi spesifikasi dilakukan dan ia masih lagi dilengkapi skrin 6.9″ OLED FHD 120Hz boleh-lipat, skrin luaran 1″ OLED 60Hz berbentuk bulat, dijana cip Snapdragon 888 4G memori 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 40W.
Kamera utama menggunakan sensor 40MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 32MP Super Sensor sementara kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di bahagian sisi. Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang membolehkan peranti menjadi kunci kereta digital dan kemampuan mengesan kesan cahaya UV pada wajah. Walaupun telah dilancarkan, jualan hanya akan bermula 4 Julai hadapan.
Catat Ulasan