Sony FX30 Dilancarkan


Kamera video Sony FX30 di bawah siri Cinema Line telah dilancarkan . Kamera yang menyasarkan penghasil video profesional ini hadir dengan sensor 20.1MP APS-C EXMOR R dengan julat ISO 800 hingga 2500. Ia mampu merakam video pada tetapan sehingga 4K 120p 10-bit 4:2:2 dalam format H.265 atau H.264.

Rekaan tubuhnya sama dengan Sony FX3 cuma dengan sensor yang lebih besar. Kamera hadir dengan dua slot memori untuk kad CFexpress Type A dan DXC/SDHC. Kerana FX30 adalah sebuah kamera videografi, ia turut menyokong mod sinematik S-Cinetone. Dengan sistem penyejuk pula rakaman video berterusan tanpa had dapat dilakukan.



Di Amerika Syarikat Sony FX30 dijual pada harga $2200 (~RM10,201) dengan tangkai XLR bermula Oktober ini. Versi tanpa tangkai XLR pula akan dijual pada harga $1800 (~RM8347).
 

0/komen