Honor Band 7 Di Umumkan


Terkini, Honor Band 7 telah diumumkan sebagai seutas lagi penjejak kesihatan baharu daripadanya sebagai pengganti kepada Band 6 sebelum ini.

Tiada perubahan besar yang dibuat sebaliknya Honor Band 7 masih membawakan elemen yang serupa dengan generasi sebelum ini. Melaluinya, ia dilengkapi skrin AMOLED memanjang bersama tali sejenis silikon. Saiz adalah sebesar 1.47-inci yang dipadankan dengan pelindungan kaca melengkung 2.5D. Turut disertakan adalah butang fizikal khusus pada sisi kanan untuk kawalan tambahan.


Seterusnya, ia turut memuatkan sensor penjejakan kesihatan dan kecergasan yang biasa ditemui pada seutas penjejak kesihatan sedia ada. Ini termasuklah pemantauan degupan jantung sepanjang hari, pemantauan oksigen dalam darah dan pengesanan waktu tidur. Sebanyak 96 pilihan mod sukan juga disediakan untuk kegunaan pelbagai aktiviti sukan.

Bateri yang disertakan mampu memberi ketahanan sehingga 14 hari penggunaan, yang kemudiannya boleh berkurang kepada 10 hari dengan penggunaan yang berat. Lain-lain spesifikasi termasuklah kawalan main baik muzik, sokongan pembayaran nirtunai dan penarafan kalis air 5ATM.


Honor Band 7 dijual pada RMB249 (~RM158) dan tiada maklumat mengenai ketersediaan di luar pasaran China yang diketahui setakat ini.
 

0/komen