Penyejuk Peranti OnePlus 45W Liquid Cooler Di Lancarkan


OnePlus nampaknya turut memperlihatkan sebuah lagi aksesori konsep yang cukup menarik. Dinamakan OnePlus 45W Liquid Cooler, aksesori ini dikatakan mampu menyejukkan sebuah peranti dengan agresif sekali.


Aksesori penyejuk ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian penyejuk yang mempunyai plat penyejuk yang akan disambungkan kepada bahagian peranti, dan satu lagi bahagian yang kelihatan seperti bongkah yang membekalkan kuasa kepada bahagian penyejuk tersebut.


Penyejuk cecair buatan OnePlus ini boleh mengalirkan sebanyak 45W kuasa yang membolehkan peranti ini disejukkan sebanyak 20 darjah Celcius walaupun apabila menggerakkan permua-permua yang memakan sumber pemprosesan yang banyak.


Suhu yang lebih rendah ini bukan sahaja menjanjikan peranti lebih mudah dipegang, tetapi memastikan ia beroperasi pada tahap yang optimum setiap masa.

Walaupun sistem penyejukan ini hadir dengan jenama OnePlus, secara konsepnya penyejuk ini boleh digunakan dengan apa sahaja peranti, kerana ia akan menyejukkan peranti secara automatik apabila dipasang dan diaktifkan.


Sama seperti peranti OnePlus 11 Concept, ia tidak diketahui lagi sekiranya OnePlus akan mula menjual sistem penyejukan ini secara meluas ataupun tidak.

0/komen