RedMagic 8 Pro Kini Di Malaysia


RedMagic Malaysia telah mengumumkan ketibaan peranti gaming baharu mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu RedMagic 8 Pro. Peranti ini adalah peranti gaming kedua di Malaysia kedua dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 selepas iQOO 11.

RedMagic 8 Pro menggunakan skrin 6.8-inci AMOLED 120Hz FHD+ dengan sokongan paparan HDR10+. Rekaan skrin adalah menyeluruh tanpa gangguan lubang kamera atau takuk dan turut menggunakan bezel sangat nipis. Ini dibolehkan kerana kamera swafoto 16MP adalah sensor bawah skrin UDC generasi kedua.


Peranti ini dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.0. Kamera belakang adalah 50+8+2 Megapixel, bateri peranti adalah 6000mAh dengan pengecasan pantas GaN 65W, serta dilengkapi dengan sistem speaker stereo.


Peranti ini turut mempunyai kipas penyejuk fizikal ICE 11 Multi-Dimensional Cooling System yang diperbuat dari aloi aluminium gred pesawat 59 bilah dan berpusing pada kadar 20,000 RPM. Sisi peranti turut dilengkapi dengan salur udara untuk mengeluarkan udara panas. Suis lungsur fizikal turut dikekalkan untuk menukar mod biasa ke mod permainan dengan mudah. Sebagai peranti gaming, sistem RGB turut disertakan.

Peranti ini menggunakan rekaan yang rata di sisi, atas, bawah serta depan dan belakang. Peranti turut rasa tegap di tangan dan nampak premium dengan rekaan yang tidak begitu ranggi serta kemasan hitam kusam yang menawan.

RedMagic 8 Pro menjalankan RedMagic OS 6 berasaskan Android 13 yang dilengkapi dengan ciri RedMagic Studio untuk menyiarkan permua ke laptop dan menjadikan peranti sebagai alat kawalan, sokongan widget yang banyak dan dikuasakan dengan sistem pintar untuk pengurusan peranti dari memori, sekuriti dan banyak lagi.


RedMagic 8 Pro dijual di Malaysia pada harga RM3699 untuk model 12/256 GB (warna Matte) dan RM4299 (warna Void, lutsinar) untuk 16/512 GB, Jualan akan bermula pada 25 Februari ini di Lazada rasmi mereka – REDMAGIC MY. Sempena pelancaran, model 12/256 GB boleh dibeli pada harga RM2899 dan 16/512 GB pula pada harga RM3499.
 

0/komen