
Starlink menawarkan perkhidmatan internet di mana juga pelanggan berada menggunakan rangkaian satelit mereka. Bermula dengan pelan rumah, ia kini ditawarkan kepada kapal, kapal terbang dan juga kenderaan yang bergerak. Dengan perkhidmatan internet satelit mereka kini ditawarkan secara rasmi di 48 negara, Starlink mengumumkan pula pelan perayauan global.
Setakat ini Starlink mampu menawarkan internet pada kelajuan antara 50-500 Mbps. Dalam situasi kecemasan seperti di Ukraine, Starlink didapati berguna bagi membolehkan perhubungan diteruskan selepas infrastruktur konvensional musnah dibom.
Catat Ulasan