Kamera Untuk Vlog Sony ZV-E1 Di Lancarkan

Sebuah lagi kamera digital khusus untuk vlogger telah dilancarkan oleh Sony. Sony ZV-E1 berbeza dengan model terdahulu ialah kali ini ia hadir dengan sori 12MP bingkai penuh yang sama seperti yang digunakan pada Sony A7S III dan FX3 sebelum ini.



Sensor ini dipadankan pula dengan cip pengimejan BIONZ XR bagi memastikan kualiti imej yang baik apabila digunakan. Kemampuan merakam video adalah sehingga 4K 60FPS 10-bit. Bagi yang ingin merakam video pada mod sinematik, mod Cinemascope boleh dipilih dengan ia mengubah nisbah skrin ke 21:9. Dalam tubuh stil penstabilan IBIS disertakan.

Ciri khusus untuk vlog ialah kemampuan mengikuti pergerakan subjek yang sedang bergerak secara automatik seperti mod Center Stage pada sebuah iPad. Kemampuan memberikan kepentingan kepada audio di hadapan juga boleh dilakukan.Ciri Dynamic Active Mode pula menstabilkan video yang dirakam ketika berjalan tetapi akan menerusi kaedah cropping pada video.

Di belakang terdapat skrin LCD yang boleh diputar ke hadapan. Sungguhpun begitu kamera tidak mempunyai EVF yang akan menyukarkan mereka yang ingin menggunakan Sony ZV-E1 sebagai kamera fotografi. Sony ZV-E1 dijual pada harga $2199 (~RM9734) untuk tubuh sahaja dan $2499 (~RM11063) dengan lensa kit 28-60 mm F4.5-5.6.

0/komen