Komputer Riba Modular Framework


Framework melancarkan komputer riba modular mereka pada tahun 2018 dengan tujuan memberikan kuasa kepada pemilik untuk menaik taraf sebarang komponen dengan mudah. Komponen CPU, RAM, SSD, kad WiFi dan port komputer boleh diganti menggunakan sistem slot yang modular. Kini  Framework Laptop 16 telah diumumkan dengan ia akhirnya menyokong pertukaran GPU buat pertama kali.

Slot untuk komponen GPU diletakkan di belakang berbanding slot lain yang diletakkan pada sisi komputer riba Framework Laptop 13 sebelum ini. Framework Laptop 16 turut menyokong kustomasi papan kekunci dengan pilihan hadir dengan kekunci nombor. Pilihan sistem lampu biasa dan RGB juga bakal diberikan.


Lebih menarik modul untuk aksesori audio memberikan pilihan bicu audo, USB-C atau bluetooth sepenuhnya. Sekiranya pengguna tidak mahu menggunakan kad GPU, slot PCIe x8 yang digunakan boleh disambungkan kepada modul memori SSD tambahan.

Harga jualan serta pilihan model GPU belum lagi diumumkan pada waktu ini.
 

0/komen