RedMagic 4k Gaming Monitor 27″ Mini-LED Kini Di Malaysia


Terkini, RedMagic di Malaysia yang  terkenal dengan telefon pintar gaming sahaja dengan model terbaru mereka adalah RedMagic 8 Pro menambahkan  lagi penawaran produk di Malaysia dengan membawa masuk monitor pula. Tetapi bukan monitor biasa yang mampu milik, kerana ia adalah RedMagic 4K Gaming Monitor 27″ Mini-LED. Panel yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan menjamin warna, visual dan prestasi yang menakjubkan.



Panel skrin yang digunakan adalah jenis IPS LCD beresolusi 4K UHD 3840 x 2160 bersaiz 27-inci, menyokong warna HDR1000, nisbah paparan adalah 16:9 dan terdapat lebih 2000 mini-LED dengan 1152 bahagian pencahayaan. Kecerahan dikatakan boleh mencapai sehingga 1300 nits serta turut menyokong AMD FreeSync Premium.


Bukan itu sahaja monitor ini turut menyokong kadar segar semula 160Hz. Monitor ini sedia mempunyai sistem RGB di belakang dan menggunakan rekaan yang ranggi. Mereka yang memiliki RedMagic 8 Pro boleh menggunakan RedMagic Studio untuk bermain permua pada skrin monitor ini.

Untuk sambungan RedMagic menyertakan 2x HDMI2.1, 1x DP1.4 (DP 48-160Hz), 1x USB-C dengan sokongan pemindahan data dan pengecasan 90W, 2x USB-A 3.0 dan 1x USB-B, 1x port bicu audio 3.5mm



Di Malaysia, monitor ini dijual pada harga RM3,999 dan jualan bermula 4 April ini secara eksklusif di Shopee rasmi mereka.

0/komen