RedMagic 8 Pro Titanium Di Malaysia


RedMagic turut mengumumkan kehadiran RedMagic 8 Pro Titanium yang akan memasuki ke pasaran Malaysia. Peranti yang sama dengan RedMagic 8 Pro sebelum ini tetapi dengan memori 16GB RAM. Bukan itu sahaja, variasi ini hadir dengan panel belakang lutsinar sama seperti RedMagic 7S yang hadir pada  tahun lepas.

Rekaan lutsinar ini mendedahkan kipas penyejuk fizikal selain turut menggunakan konfigurasi RGB yang berbeza. Lain-lain pada rekaan adalah sama sahaja dengan 8 Pro biasa. Warna pula adalah perak dan putih yang nampak cantik serta seksi.


Skrin peranti adalah 6.8″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kamera adalah 50+8+2 Megapixel, bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan menyokong kawalan butang bahu.

RedMagic 8 Pro  ini  turut akan dijual di Malaysia pada 4 April nanti. Harga jualan adalah RM4,299.
 

0/komen