Redmi Note 12 4G Versi Global Dilancarkan


Pelancaran global untuk siri Redmi Note 12 turut memperlihatkan penawaran untuk Note 12 4G. Seperti namanya ia merupakan sebuah peranti yang terhad dengan sokongan 4G LTE menerusi cip Snapdragon 685. Menariknya ia turut menjadi antara yang terawal menggunakan cip pemprosesan tersebut.


Peranti ini dilengkapi skrin Super AMOLED sebesar 6.67-inci FHD+ (1080 X 2400 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman mencapai 128GB UFS 2.2.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 48MP Samsung JN1 (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro. Selanjutnya, kamera swafoto pula sebesar 13MP. Bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W yang boleh dicas semula dengan port USB-C turut disediakan pada peranti.



Dalam perkembangan yang sama, Note 12 5G juga tersedia untuk pasaran Global. Spesifikasinya terdiri dengan skrin 6.67-inci OLED FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 4 Gen 1, bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W, kamera utama 48MP + 2MP (potret) dan kamera swafoto 8MP.

Harga jualan peranti bermula EUR199 (~RM953) untuk Note 12 4G, kemudian meningkat kepada EUR300 (~RM1437) pada variasi 5G untuk model asas.
 

0/komen