Antonov An-225 Mriya yang merupakan pesawat kargo terbesar dunia tetapi ia telah musnah dalam peperangan antara Ukraine dan Rusia tahun lalu. Takhta pesawat kargo terbesar dunia kini dipegang oleh Antonov An-124 Ruslan. Menurut laporan Simple Flying, satu pesawat An-124 akan dipindah milik daripada syarikat Rusia ke Ukraine.
An-124 yang dimiliki oleh syarikat kargo Volga-Dnepr Airlines telah ditahan di Kanada sejak setahun lalu selepas Rusia menyerang Ukraine. Kanada mengadakan sekatan penerbangan ke atas semua pesawat dari Rusia daripada beroperasi di ruang udara mereka. Oleh sebab itu pesawat ini tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson di Toronto. Sebelum ruang udara ditutup, pesawat ini dalam misi menghantar vaksin dari China ke Kanada.
Kerana Volga-Dnepr Airlines tidak membayar yuran parkir yang sudah melebihi $300,000, kerajaan Kanada kini memindahkan hak milik An-124 ini kepada Ukraine. Sebanyak 55 An-124 dihasilkan sejak penerbangan pertama dilakukan pada tahun 1982. Setiap pesawat mampu membawa sehingga 150 tan kargo. Ini adalah kecil jika dibandingkan dengan 250 tan yang boleh dibawa oleh An-225.
Tindakan Kanada ini boleh dilihat sebagai cara memaksa Rusia membayar ganti rugi atas kemusnahan An-225
Catat Ulasan