Ciri Mengesan Penjejak Objek Bluetooth Yang Tidak Diketahui


Semasa penjejak objek seperti Apple AirTag dan Samsung SmartTag dilancarkan ia dilihat sebagai peranti yang harus dimiliki bagi memudahkan barangan yang hilang dijejak. Ia boleh memberikan lokasi tepat lengkap dengan fungsi UWB dan boleh dibunyikan bagi memudahkan lagi ia dicari. Tetapi wujud sisi gelap dimana ia digunakan untuk mengintip dan melakukan jenayah merompak.

Kini Google mengaktifkan ciri mengesan penjejak objek bluetooth yang tidak diketahui pada peranti Android. Ia boleh memberikan notifikasi apabila mengesan penjejak objek yang tidak diketahui berdekatan. Apabila dijejak, pengguna boleh melihat siapakah pemilik penjejak tersebut dan akan diberikan langkah untuk menyahaktifkannya. Untuk menggunakan ciri ini peranti harus menggunakan sekurang-kurangnya Android 6.0+ dan mempunyai sambungan selular.


Terdapat juga mod melakukan pengesanan secara manual bagi mereka yang. ingin melihat sama ada wujud penjejak objek berdekatan mereka. Ciri ini turut boleh menjejak AirTag kerana dibangunkan dengan kerjasama Apple. Untuk menggunakannya pergi ke Settings → Safety & emergency → Unknown tracker alerts dan tekan bukan Scan.





Google turut mengumumkan ciri baharu Find My Device yang boleh mengesan pelbagai objek seperti fon kepala bluetooth, bagasi dan sebagainya yang diumumkan ketika Google I/O akan ditangguh sehinggalah Apple mengaktifkan ciri keselamatan mereka pada iOS.


0/komen