Hubungan Dengan Voyager 2 Terputus


Voyager 2 ialah objek buatan manusia yang kedudukannya kini sekitar 20 bilion kilometer dari bumi sejak dilancarkan pada tahun 1977. Hujung bulan lalu, NASA mengumumkan hubungan dengan proba yang telah melepasi ruang antara najam ini terputus kerana kesilapan dalam arahan yang diberikab menyebabkan antena Voyager 2 menyimpang dua darjah daripada sepatutnya.

NASA telah melakukan pengumuman bahawa Voyager 2 kini boleh dihubungi semula selepas sebuah arahan baharu diberikan. Pusat kawalan di Deep Space Network (DSN) yang terletak di Canberra, Australia berjaya mengesan isyarat radio Voyager 2 yang agak lemah. Oleh itu besar kemungkinan antena proba ini tidak menyimpang sejauh yang disangka pada awalnya.

Sebuah isyarat arahan baharu berkuasa bumi kemudian dipancarkan dari bumi ke arah lokasi Voyager 2. Ia mengambil masa 18.5 jam untuk tiba ke Voyager 2 sebelum isyarat balas dihantar pula kembali ke bumi juga mengambil masa 18.5 jam.


Piring emas Voyager

Isyarat balasan diterima oleh DSN pada 4 Ogos lalu dan berdasarkan data telemetri Voyager 2 masih beroperasi dengan normal walaupun terputus hubungan selama 2 minggu. Voyager dan Voyager 2 sudah mengembara angkasa lepas lebih 40 tahun. Menerusi perisian yang dikemaskini baru-baru ini, Voyager 2 akan dapat beroperasi sehingga 2026 sebelum kehabisan sumber tenaga.


 

0/komen