Neuralink Memulakan Ujian Implan


Neuralink kini bersedia untuk memulakan ujian implan antaramuka komputer dan otak pada manusia. Kajian PRIME (Precise Robotically Implanted Brain-Computer Interface) kini mencari subjek manusia lumpuh yang bersedia untuk melakukan ujian implan otak bagi mengembalikan kemampuan berjalan dengan ia dijangka berlangsung sehingga enam tahun. Ujian klinikal manusia ini dimulakan selepas Neuralink menerima kebenaran FDA pada Mei lalu.

Dalam kajian ini tahap keselamatan implan otak N1 dan robot yang memasang implan (R1) akan diuji pada manusia. Neuralink berharap dengan N1 anggota yang lumpuh boleh kembali dikawal dengan hanya berfikir. Pada peringkat awal N1 yang beroperasi secara nirwayar ini akan digunakan untuk mengawal kursor pada skrin komputer menggunakan fikiran sahaja.

Insan yang layak memohon untuk menguji implan otak N1 ialah mereka yang lumpuh kerana mengalami kecederaan pada saraf tunjang dan pesakit ALS.

Mengembalikan semula kemampuan berjalan menggunakan implan telahpun berjaya dilakukan oleh EPFL di Switzerland tahun lalu. Sementara itu implan otak oleh USC Berkeley pula membolehkan wanita diserang strok bercakap selepas 18 tahun menerusi komputer.
 

0/komen