Sony Xperia 5 V Di Malaysia


Sony Xperia 5 V telah dilancarkan September lalu sebagai peranti kompak dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen 2.Menerusi laman web rasmi peranti ini sudah mula disenaraikan dengan harga jualan RM4,999 sebuah.

Pembelian awal yang dibuat sehingga 31 Disember 2023 akan disertakan hadiah menarik berupa fon telinga WF-1000XM5 bernilai RM1399, TnG e-wallet (RM50), pelindung skrin dan kerangka premium secara percuma. Sebagai pilihannya lagi Sony turut menawarkan pembelian secara ansuran selama 3 tahun dengan faedah 0%.


Untuk spesifikasi Sony Xperia 5 V dilengkapi dengan skrin OLED 6.1-inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 8GB RAM, dan storan 256GB sebagai tunjang utama. Turut disertakan ialah kamera utama 52MP + 12MP, kamera swafoto 12MP, bateri 5000mAh dan bicu audio 3.5mm terbina.

 

0/komen