NASA sekali lagi mencatatkan sejarah apabila berjaya menstrim video pada resolusi tinggi dari jarak 31 juta kilometer dari bumi. Video sepanjang 15 saat di bawah telah distrim daripada kapal angkasa Pysche ke bumi menggunakan sistem komunikasi laser Deep Space Optical Communication (DSOC).
Video distrim menggunakan laser DSOC pada kelajuan 267 Mbps dan mengambil masa 101 saat untuk tiba ke bumi kerana Psyche pada ketika itu terletak lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak antara bumi dan bulan. DSOC dibangunkan kerana teknologi komunikasi isyarat radio yang digunakan sekarang adalah perlahan dan mempunyai jalur lebar – sekitar 5.2 Mbps – yang kecil untuk menyokong komunikasi lebih kompleks di masa hadapan.
Sekiranya manusia ingin membina koloni di Marikh atau planet-planet lain, sistem komunikasi video resolusi tinggi dan penghantaran data yang besar kembali ke bumi adalah amat diperlukan.
Catat Ulasan