RED Lancarkan Dua Kamera V-Raptor (X)


RED telah melancarkan dua kamera baharu dengan sensor pengatup global (global shutter) iaitu RED V-Raptor (X) dan RED V-Raptor (X) XL. Kedua-duanya direka untuk tujuan rakaman video profesional. Kedua-dua kamera berlainan saiz tubuh tetapi berkongsi sensor 35.4-Megapixel V-Raptor (X) 8K VV CMOS . Sensor ini sebesar 40.96 x 21.6 mm yang lebih besar berbanding sensor Sony a9 III sebesar 36 x 24mm yang merupakan kamera sensor pengatup global CMOS pertama dunia.


Kamera boleh melakukan rakaman video 8K 17:9 pada kadar 120 FPS dalam format REDCODE RAW Max. Video pada resolusi 2K 2.4:1 pula ia meningkat ke kadar melampau 600 FPS. Sokongan format rakaman Apple ProRes juga disertakan.

Perbezaan antara RED V-Raptor (X) dan RED V-Raptor (X) XL terletak pada saiz dan ciri. RED V-Raptor (X) XL lebih besar serta berat (3.6 vs 1.8 kg) tetapi mempunyai penuras ND terbina. Ia turut mempunyai sokongan pelbagai lensa dengan cagak yang boleh diubah.



Harga jualan RED V-Raptor (X) ialah $29,995 (~RM141,801) manakala RED V-Raptor (X) XL pula ialah $44,995 (~RM 212,713) hanya untuk tubuh tanpa sebarang lensa.
 

0/komen