Honor X7b 5G Hadir Dengan Cip Dimensity 6020


Honor X7b 5G telah disenaraikan di laman web rasmi berserta spesifikasi penuh. Perbezaan ketara berbanding generasi sebelum boleh dilihat pada rekaan luaran, cip pemprosesan dan tetapan kamera utama yang digunakan pada peranti. Sekaligus mampu menyediakan nilai estetika tersendiri.

Peranti ini menggunakan skrin LCD 6.8-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya cip MediaTek Dimensity 6020 digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri besar 6000mAh juga digunakan yang boleh dicas melalui pengecasan 35W.


Turut melengkapi peranti ialah kamera utama 108MP +2MP +2MP dan swafoto sebesar 8MP. Lain – lain spesifikasi termasuklah sambungan bluetooth 5.1, rangkaian 5G terbina, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo. Harga jualan bagaimanapun masih belum didedahkan.

0/komen