Samsung Galaxy Tab A9 LTE Kids Edition Di Malaysia


Menerusi laman web rasmi , Samsung kini berkongsi harga jualan untuk Galaxy Tab A9 LTE Kids Edition di Malaysia. Iadi jual pada harga  RM799 (4/64GB)  melalui kedai atas talian dan pengedar rasmi Samsung di seluruh Malaysia.

Tablet baharu ini menggabungkan fungsi dengan kawalan ibu bapa dan ciri keselamatan yang mesra kanak-kanak. Selain turut didatangkan dengan aksesori mesra kanak-kanak seperti kerangka khusus Puffy Case, dan Crayon Stylus untuk memudahkan penggunaan mereka. Hanya satu warna sahaja yang disediakan iaitu Mystic Silver.


Tiada perubahan spesifikasi dalaman dilakukan yang bermakna tablet masih dilengkapi skrin 8.7-inci dengan resolusi 1340 X 800 piksel. Seterusnya cip MediaTek Helio G99 digunakan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB untuk tunjang utama. Diikuti juga kamera utama 8MP, swafoto sebesar 2MP dan bateri 5100mAh sebagai pelengkap.

0/komen