Vivo TWS 4 Diumumkan


Vivo TWS 4 telah diumumkan dalam dua versi berbeza iaitu model Hi-Fi yang dilengkapi codec aptX Lossless. Selain turut disokong cip audio Qualcomm S3 Gen 3 baharu yang dilancarkan baru-baru ini. Sementara itu, model standard pula menyediakan codec LDAC dan apTX Adaptive bersama sokongan cip audio Qualcomm S3 Gen 2.

Kedua-duanya disediakan dalam pilihan warna biru dan putih yang berkilat. Ia juga sejenis fon dari jenias dalam telinga (in-ear) bertangkai dengan putik silikon. Selain itu, pod pengecas pula berbentuk bujur bersama lampu indikator di bahagian hadapan.

Sepasang pemandu audio sebesar 12.4mm digunakan menyokong pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancellation) terbina. Ia turut ditambahbaik dengan AI untuk kemampuan audio lebih jelas. Diikuti kemampuan audio spatial yang boleh didengari dengan empat mod bunyi berbeza diberikan.


Tambatan ke peranti pula boleh dibuat melalui bluwtooth 5.4. Dalam masa sama turut menawarkan hayat bateri sehingga 45 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas. Vivo TWS dijual dengan harga permulaan RMB399 (RM260) (standard) dan RMB499 (~RM326) (Hi-Fi).

0/komen