Manusia Tertua Ke Angkasa Lepas


Ed Dwight, seorang warga Amerika Syarikat kini memegang rekod sebagai manusia tertua pernah ke angkasa lepas pada usia 90 tahun 8 bulan 10 hari. Beliau memadam rekod yang dipegang oleh William Shatner sebelum ini iaitu 90 tahun, 6 bulan 22 hari. Beliau telah berlepas ke angkasa pada Ahad lalu dengan menerusi misi News Shepard-25 di dalam roket Blue Origin milik Jeff Bezos.

Ini adalah kali pertama Ed Dwight ke angkasa lepas walaupun beliau adalah lelaki kulit hitam pertama menyertai program angkasawan NASA pada dekad 1960an. Namun polisi berunsur perkauman menyebabkan beliau tidak pernah dihantar ke angkasa lepas oleh NASA walaupun layak.

Ini kali ketiga Blue Origin memecahkan rekod manusia tertua ke angkasa lepas. Pada tahun 2021, Wally Funk memecahkan rekod John Glenn pada usia 82 tahun. Seperti Ed Dwight, Wally Funk terpilih menyertai program NASA tetapi tidak ke angkasa lepas kerana beliau seorang wanita.

Sungguhpun kesemua individu ini berjaya ke angkasa lepas, mereka hanya dikategorikan sebagai pelancong angkasa sahaja. Untuk melayakkan diri dipanggil angkasawan, krew perlu mengawal kapal angkasa yang membawa mereka atau melakukan aktiviti yang menyumbang kepada manusia atau keselamatan misi seterusnya. Krew New Shepard melakukan misi selama 10 minit dan menikmati sifafr graviti selama 5 minit sebelum kapsul kembali ke bumi.
 

0/komen