Sony ZV-E10 II Kini Di Malaysia


Sony ZV-E10 II  telah dilancarkan dengan harga lebih mampu milik iaitu RM4,999. Kamera baharu ini turut mempunyai kemampuan lebih kurang sama dengan FX30.


ZV-E10 II dilengkapi dengan sensor 26MP Exmor R CMOS APS-C yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej BIONZ XR yang 8x lebih berkuasa. Kamera turut boleh melakukan rakaman video sehingga 4K/60p 10-bit 4:2:2 10bit menerusi mod S-Log atau S-Cinetone. Semua tahu yang kamera Sony menyokong sistem fokus terbaik, jadi Sony menjadikannya lebih baik dengan Autofokus pengesanan-berfasa 756-titik.


Tiga mikrofon turut disertakan untuk rakaman audio dengan pembatalan hingar. Untuk penstabilan, Sony menggunakan giroskop dan EIS Active Mode. Sony turut menjanjikan bateri bertahan melebihi dua jam untuk penggambaran filem.


Perkhidmatan Creators Cloud untuk sandaran fail-fail media ke awanan turut disediakan. Memandang kamera ini dilancarkan untuk para pencipta kandungan ciri seperti Cinematic Vlog Setting, Product Showcase, Background Defocus dan banyak lagi yang lain.



Kini Sony Malaysia mengumumkan yang ZV-E10 II sedia dibeli pada harga RM4,999 untuk tubuh sahaja atau RM5,199 dengan lensa 16-50mm Power Zoom yang menjanjikan mempunyai kualiti bertaraf kamera bingkai penuh. Setiap pembelian turut melayakkan anda menerima kad SD 64GB dan bateri NP-FZ100.

0/komen