Misi kapsul angkasa Boeing Starliner sepatutnya sepanjang 8 hari sahaja tetapi kerana pelbagai isu menyebabkan dua krew terpaksa menunggu sehingga Februari 2025 untuk pulang semula ke bumi. Jumaat ini NASA akan cuba mengembalikan semula Starliner ke bumi tanpa krew. Ketika melakukan persiapan dua hari lalu, bunyi aneh seakan sonar kedengaran di dalam kokpit menimbulkan sebuah lagi misteri.
NASA kini mengeluarkan kenyataan mereka telah berjaya mengesan sumber yang menghasilkan bunyi ini. Ia sekadar suap balik audio dalam sistem perhubungan antara Starliner dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Konfigurasi audio yang digunakan menyebabkan ia berlaku dan ia telahpun diselesaikan. Oleh sebab itu misi mengembalikan Starliner ke bumi akan berjalan mengikut jadual.
Sungguhpun sumber audio seakan sonar telahpun dikesan masih terdapat teori konspirasi mengatakan ia adalah “hantu angkasa lepas” dan ada juga yang percaya ia adalah isyarat yang dihantar oleh makhluk asing.
Catat Ulasan