Oppo Reno12 5G Kini Hadir Dalam Warna Sunset Pink



siri Oppo Reno12 5G mendapat perhatian daripada pengguna menerusi peningkatan yang diberikan. Ia juga menawarkan pengalaman serba boleh, mesra pengguna serta mudah diakses. Kini Oppo tampil dengan Reno12 5G berwarna Sunset Pink untuk menyediakan pilihan baharu.

Sunset Pink baharu ini menggunakan konsep dan warna retro yang bersifat universal malahan mampu mewujudkan aura yang tenang. Menurut Oppo, pengenalan ini juga bagi memperingati pengorbanan masa, waktu serta tenaga para wira negara daripada pelbagai latar belakang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Oppo Reno12 5G Sunset Pink boleh dimiliki pada RM2,199 melalui kesemua pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia. 

0/komen