Polis Switzerland menahan empat individu selepas kerana mereka terlibat dengan kes pertama pod Sarco digunakan untuk membunuh diri. Pod ini membolehkan seorang individu membunuh diri menggunakan gas nitrogen dengan bayaran hanya sekitar RM94.
Pengguna pertama pod Sarco ialah seorang warga Amerika Syarikat berusia 64 tahun yang menghidap penyakit imun tubuh. Antara yang ditahan ialah Florian Willet, presiden bersama The Last Resort yang menawarkan perkhidmatan pod kepada mereka yang ingin menamatkan hayat diri sendiri. Tiga lagi individu yang ditahan ialah seorang wartawan dan dua lagi warga Switzerland yang identiti mereka tidak didedahkan.
Walaupun Switzerland membenarkan eutanasia dilakukan atas sebab-sebab kesihatan yang serius, empat individu ini ditahan kerana pod Sacro belum melepasi keperluan undang-undang keselamatan negara dan membunuh diri menggunakan nitrogen belum dibenarkan. Kesemua kes eutanasia yang dilakukan sebelum ini adalah menggunakan ubat penenang pentobarbital dan juga gas helium.
Sarco mengepam gas nitrogen ke dalam kebuk kedap udara. Dalam masa 30 saat, kandungan oksigen dalam udara akan turun dari 21% ke 0.05% menyebabkan individu di dalam pod mengalami hipoksia menyebabkan kematian dalam masa 5 minit. Menurut The Last Resort, individu di dalam Sacro tidak akan terseksa dan akan mati dengan tenang.
Sacro kali pertama diperlihatkan pada tahun 2019 setelah dibangunkan selama enam tahun. Untuk memulakan proses eutanasia, individu perlu menjalani saringan psikiatri bagi memastikan mereka tidak dipaksa dan sedar apa yang ingin mereka lakukan. Butang melepaskan gas nitrogen di dalam Sacro akan ditekan sendiri oleh individu.
Catat Ulasan