Apple Perkenal Cip M4 Pro


Apple telah memperkenalkan Mac Mini baharu dengan rekaan lebih kompak. Turut bersama pengumuman berkenaan adalah pengenalan cip baharu Apple M4 Pro – yang membawakan kuasa pemprosesan dan sokongan grafik lebih baik.

Apple M4 Pro hadir dengan sokongan sehingga 14-teras CPU, serta sehingga 20-teras GPU. Cip ini membawakan gabungan rekaan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien pada bahagian CPU, sekaligus membolehkan pelbagai tugasan dilakukan dengan lancar menggunakannya. Cip ini juga turut membawa sokongan untuk memori sehingga 64GB RAM.

Melengkapkan cip ini juga adalah sokongan Neural Engine, yang mana 3 kali ganda lebih pantas berbanding versi M1. Selain itu, buat pertama kali juga, Apple M4 Pro menambah sokongan Thunderbolt 5, yang membolehkan penawaran pemindahan data mencapai kelajuan 120Gb/s – dua kali ganda berbanding Thunderbolt 4 sebelum ini.

Buat masa ini, hanya Mac Mini sahaja diumumkan dengan pilihan cip ini
 

komen