
Selepas melancarkan Smart Band 9 tahun lalu kini Xiaomi hadir pula dengan versi Pro untuk gelang pintar berkenaan. Ia mempunyai paparan yang jauh lebih besar berbanding Smart Band 9 sekaligus menjadikannya kelihatan hampir menyamai seutas jam tangan pintar.
Melaluinya skrin sejenis AMOLED 1.74-inci dengan kecerahan puncak 1,200 nits digunakan. Ia juga dilengkapi sensor kesihatan dan kecergasan standard bagi tujuan pemantauan harian. Pemantauan kadar degupan jantung dan pola waktu tidur juga lebih tepat pada versi baharu ini. Selain itu menyokong lebih 150 mod sukan dengan keupayaan GPS terbina yang membolehkan gelang pintar ini mengesan jarak dengan mudah tanpa peranti tambahan.

Sistem NFC untuk tujuan pembayaran nirtunai melalui gelang tangan pintar turut disokong. Smart Band 9 Pro juga melepasi penarafan 5ATM bermakna kalis air di samping boleh digunakan sehingga 21 hari dengan sekali pengecasan. Harga jualan adalah bermula RMB399 (~RM244) dan RMB449 (~RM305) dengan tali kulit.
Catat Ulasan