
DJI Goggles N3 telah dilancarkan sebagai set kepala untuk pengendali dron pandangan pertama (FPV) DJI Avata 2 dan Neo. Menerusi Goggles N3, dron boleh dikawal menggunakan kawalan kepala atau gestur pergerakan tangan apabila dipadankan dengan alat kawalan jauh DJI RC Motion 3.
Set kepala turut dilengkapi skrin dengan resolusi 1080p dengan sudut pandangan 54 darjah. Antara ciri menarik yang disertakan ialah ciri menghilangkan kabus pada permukaan kaca skrin menggunakan sistem kipas terbina. Ia juga menawarkan hayat penggunaan bateri sehingga 2.7 jam.


Pengguna turut boleh mengubah tetapan pada dron menggunakan paparan realiti terimbuh (AR) yang mengapungkan menu tetapan dron pada skrin. Dengan ini tetapan dron boleh diubah tanpa pengguna perlu menanggalkan set kepala.
Akhir sekali Goggles N3 boleh ditambat kepada dron sehingga jarak maksimum 13 kilometer. Sepasang DJI Goggle N3 dijual pada harga USD $229 (~RM1010) bermula dari penghujung November yang lalu.
Catat Ulasan