
Terkini, Casio telah memperlihatkan sebuah jam tangan yang berbentuk cincin dengan Casio CRW-001, sebuah jam yang juga diperkenalkan untuk menyambut ulang-tahun ke-50 syarikat jam tersebut.

Walaupun CRW-001 ini hadir dengan saiz dan bentuk sebuah cincin, ia berfungsi sebagai sebuah jam. bahagian “rantai” tangan jam diperbuat daripada gabungan logam dan resin. Ia hadir dengan sebuah panel LCD yang mempunyai saiz menghampiri 1.0 inci, dan menunjukkan masa sehingga ke saat dan juga tarikh. Ia juga mempunyai fungsi jam randik terbina.

Dari segi penawaran saiz, Casio mengatakan bahawa jam ini hadir dalam satu pilihan saiz jari sahaja, iaitu US 10.5 dan dikuasakan oleh sebuah bateri butang kecil yang boleh menghidupkannya selama dua tahun. Apabila mati, ia boleh digantikan dengan mudah.
Tidak seperti penawaran jam tangan ulangtahun ke-50 sebelum ini, jam cincin Casio CRW-001 ini nampaknya hanya ditawarkan di pasaran Jepun dan Amerika Syarikat buat masa ini pada harga 19800 yen ataupun USD $128 / RM 573. Ia tidak diketahui lagi jika jam cincin ini akan ditawarkan di pasaran lain seperti Malaysia.
Catat Ulasan