
Xiaomi telah memperkenalkan pilihan baharu dalam siri Redmi Band. Ianya kini memasuki generasi ketiga yang turut dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan bagi memastikan kepeluan asas pengguna dapat dicapai secukupnya.
Secara umumnya Redmi Band 3 kelihatan mirip dengan model terdahulu. Skrin memanjang 1.47-inci (320 x 172 piksel) masih dikekalkan dengan padanan tali silikon yang berwarna-warni. Cuma menariknya tali berkenaan dikatakan boleh menyala dalam gelap lalu memberikan nilai tambahan untuknya.
Band 3 juga mempunyai bateri 300mAh yang boleh bertahan sehingga 18 hari. Ini dikatakan lebih baik berbanding 14 hari pada Band 2 sebelum ini. Selain turut menyokong sambungan bluetooth 5.3, penarafan kalis air 5ATM dan NFC sebagai pelengkap.

Xiaomi juga tidak ketinggalan melengkapkan gelang pintar ini dengan pelbagai sensor kesihatan serta lebih 50 mod sukan secara terbina. Harga jualan adalah CNY 159 (~RM98) dengan pilihan warna hitam, kuning, putih dan merah jambu.
Catat Ulasan