
Sony PlayStation 5 Pro kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan penaiktarfan diberikan pada cip pemproses, memori dan storan berbanding PlayStation 5 biasa. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, PS5 Pro dilengkapi cip AMD Ryzen Zen 2 dengan 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan yang dipadankan dengan GPU berasaskan AMD RDNA dengan kuasa 16.7 Teraflop.
Ini ialah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop pada model PS5 asal. Dari segi prestasi ia meletakkan prestasi GPU PS5 Pro lebih tinggi berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 dan AMD Radeon RX 6800.
Ini dipadankan pula dengan memori 16GB GDDR6 RAM dan juga memori tambahan 2GB DDR5 RAM yang hanya digunakan untuk operasi konsol yang tidak berkaitan dengan permainan video. Storan pula adalah sebesar 2TB dari jenis SSD.
Konsol ini akan dilancarkan 7 November pada harga RM3849 dengan 55 permainan video di bawah disahkan akan menyokong mod grafik yang pertingkatkan PS5 Pro. Sokongan diperlukan kerana secara lalai tanpa kemas kini sokongan untuk PS5 Pro, permainan sedia ada tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa tambahan konsol baharu ini.
Alan Wake 2
Albatroz
Apex Legends
Arma Reforger
Assassin’s Creed Mirage
Baldur’s Gate 3
Call of Duty: Black Ops 6
Dead Island 2
Demon’s Souls
Diablo IV
Dragon Age: The Veilguard
Dragon’s Dogma 2
Dying Light 2 Reloaded Edition
EA Sports College Football 25
EA Sports FC 25
Enlisted
F1 24
Final Fantasy VII Rebirth
Fortnite
God of War Ragnarök
Hogwarts Legacy
Horizon Forbidden West
Horizon Zero Dawn Remastered
Kayak VR: Mirage
Lies of P
Madden NFL 25
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
Marvel’s Spider-Man 2
Marvel’s Spider-Man Remastered
Naraka: Bladepoint
NBA2K 25
No Man’s Sky
Paladin’s Passage
Palworld
Planet Coaster 2
Professional Spirits Baseball 2024-2025
Ratchet & Clank: Rift Apart
Resident Evil 4
Resident Evil Village
Rise of the Ronin
Rogue Flight
Star Wars: Jedi Survivor
Star Wars: Outlaws
Stellar Blade
Test Drive Unlimited: Solar Crown
The Callisto Protocol
The Crew Motorfest
The Finals
The First Descendant
The Last of Us Part I
The Last of Us Part II Remastered
Until Dawn
Warframe
War Thunder
World of Warships: Legends
Catat Ulasan