
Seorang lelaki dengan tenang duduk ‘bertinggung’ di hadapan seekor ular tedung gergasi dan melayan haiwan berbisa itu seperti rakannya.
Rakaman video ini memaparkan lelaki memakai kemeja-T kuning dan seluar jean biru itu berhadapan seekor ular tedung yang mulutnya terbuka luas.
Reptilia itu ‘mendongak’ dan sedia menyerang, namun dia seterusnya menyentuh kepala ular tersebut dengan lembut.
Lelaki itu kemudian beredar dari lokasi kejadian.
Sekiranya anda menunjukkan sikap tenang di hadapan ular tedung, ular berbisa itu juga akan bertenang! Ular hanya menyerang untuk mempertahankan diri atau apabila berasa terancam.
Lelaki itu terlalu tenang untuk menjadi rakan kepada ular tedung. Aura positifnya di tahap lain.
Catat Ulasan