Snapdragon 8 Elite Dengan Variasi Baru



Qualcomm baru-baru ini secara senyap menyenaraikan variasi cip Snapdragon 8 Elite baharu. Ia bukan versi dilewahjam atau versi mampu milik, sebaliknya adalah cip yang sama dengan 7-teras berbanding 8-teras dan tiada sebarang informasi peranti mana akan menggunakannya.

Cip Snapdragon 8 Elite menggunakan konfigurasi 2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L + 6x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M. Ia menggunakan CPU Oryon generasi kedua yang setaraf dengan CPU Oryon pada Snapdragon X Elite untuk peranti Windows yang menggunakan generasi pertama. Cip baharu ini menggunakan konfigurasi 2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L + 5x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M dengan GPU Adreno 830 yang sama dan tiada perubahan lain pada spesifikasi.


Cip ini menggunakan kod nama SM8750-3-AB dan mungkin akan digunakan untuk peranti mercu lebih mampu milik. Qualcomm turut dijangka akan memperkenalkan cip Snapdragon 8s Elite yang mempunyai kuasa lebih rendah berbanding Snapdragon 8 Gen 3

0/komen