Modul Hotel Angkasa Lepas Untuk ISS


Angkasa lepas ialah perbatasan terakhir manusia. Sejak manusia mula meneroka angkasa lepas 60 tahun lalu, hanya segelintir sahaja yang dapat menggelar diri mereka angkasawan. Jumlah ini akan bertambah dengan pelbagai syarikat swasta mula menawarkan tempat kepada individu yang mampu. Axiom Space adalah salah satu darinya dan mereka telah memperlihatkan modul “hotel angkasa lepas” mereka yang mendapat pengiktirafan NASA.

Tiga modul ini akan disambungkan kepada Stesen Angkasa Antarabangsa kelak untuk digunakan oleh pelanggan yang sanggup membayar $55 juta (~RM220 juta) sekepala. Ia akan dilengkapi platform peninjau untuk melihat bumi, tempat tidur dan modul untuk melakukan eksperimen. Yang menariknya rekaan dalaman menerima sentuhan Philippe Starck, jurureka yang turut terlibat dalam penghasilan Xiaomi Mi MIX yang pertama.

Modul pertama akan dilancarkan pada tahun 2024 dengan lagi modul dilancarkan pada tahun seterusnya. Apabila ISS dipercayai akan tamat tempoh hayatnya menjelang 2028. Tiga modul ini akan ditanggalkan untuk menjadi stesen angkasa kendiri dengan kelolaan bersama Axiom dan NASA. Ia turut akan menjadi stesen angkasa pertama yang dimiliki syarikat persendirian.


 NASA tidak lagi menerima dana yang mencukupi untuk meneruskan program angkasa mereka. Oleh itu pelancong angkasa yang membayar tiket sendiri dapat menampung kos operasi. Disamping itu NASA turut membenarkan pengiklanan dilakukan di ISS seperti yang akan dilakukan oleh Tom Cruise serta Agensi Angkasa Rusia tahun ini.



Pelancong angkasa Axiom Space bukan sahaja perlu membayar kos yang tinggi tetapi perlu melepasi ujian saringan kesihatan terlebih dahulu. Mereka kemudiannya perlu pula menjalani program latihan selama 15 minggu. Selepas itu barulah mereka dibenarkan tinggal di ISS selama 10 hari.
 

0/komen