Samsung Galaxy A24 Dilancarkan


Siri Samsung Galaxy A menerima satu lagi penambahan produk baharu menerusi Galaxy A24. Pengenalannya sekaligus menyertai Galaxy A14, Galaxy A14 5G, Galaxy A34 dan Galaxy A54 yang dilancarkan beberapa bulan lalu.


Mengulas lebih lanjut, ia merupakan peranti 4G yang dijana dengan cip MediaTek Helio G99. Ini dipadankan pula dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti turut menyediakan ruang tambahan menerusi kad mikroSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.

Skrin adalah sebesar 6.3-inci sejenis Super AMOLED yang menyokong resolusi FHD+ (1080 X 2340 piksel). Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 5MP + 2MP dengan OIS terbina. Sementara itu kamera hadapan pula sebesar 13MP yang diletakkan di dalam takuk kecil dikenali sebagai Infinity-U.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan port USB-C, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.33 dan NFC. Peranti boleh didapati dalam pilihan warna black, burgundy, green dan silver namun harga jualan masih belum didedahkan setakat ini.
 

0/komen