Samsung Galaxy Tab S9 Ultra, S9+ Dan S9 Dilancarkan


Tablet Android mercu dengan sokongan S Pen dan kemampuan kalis air IP68, Samsung Galaxy Tab S9 Ultra, Tab S9+ dan Tab S9 telah dilancarkan serentak dengan Z Fold5 serta Z Flip5.

Model paling mercu iaitu Samsung Galaxy Tab S9 Ultra. Ia hadir dengan skrin 14.6″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz yang menyokong S Pen, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, memori sehingga 16GB, storan sehingga 1TB dengan sokongan mikro SD sehingga 1TB dan bateri pula sebesar 11,200mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Kamera utama di belakang menggabungkan lensa 13MP sudut lebar dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Di hadapan pula lensa sudut lebar 12MP dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 12MP juga. Seperti tahun lalu dwi-kamera swafoto diletakkan pada takuk di skrin.
Samsung Galaxy Tab S9+. Ia hadir dengan skrin 12.4″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz yang menyokong S Pen, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dengan sokongan mikro SD sehingga 1TB dan bateri pula sebesar 10,090mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Kamera utama di belakang menggabungkan lensa 13MP sudut lebar dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Di hadapan pula lensa ultra sudut lebar 12MP sahaja disertakan maka tiada takuk pada skrin.


Samsung Galaxy Tab S9. Ia hadir dengan skrin 11″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz yang menyokong S Pen, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dengan sokongan mikro SD sehingga 1TB dan bateri pula sebesar 8,400mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Kamera utama di belakang menggabungkan lensa 13MP sudut lebar dan di hadapan pula lensa ultra sudut lebar 12MP sahaja disertakan maka tiada juga takuk pada skrin.


Buat pertama kalinya ketiga-tiga tablet Tab S9 menggunakan skrin AMOLED dan mempunyai kemampuan kalis air IP68. Sebelum ini hanya tablet Galaxy Tab Active sahaja diberikan kemampuan kalis air. Bukan itu sahaja S Pen untuk tablet ini juga kalis air IP68. Dalam demo yang diperlihatkan S Pen boleh digunakan untuk melakar pada skrin Tab S9 yang tenggelam di dalam air.

Tablet-tablet ini juga menggunakan sistem operasi One UI 5.1.1 berasaskan Android 13. Penambahbaikan lain S Pen boleh dicas secara dua hala pada bahagian belakang tablet. Sistem audio Dolby Atmos disertakan pada keempat-empat speaker. Pengimbas cap jari pula terbina dalam skrin. Audio mantap dipadankan juga dengan sistem Vision Booster pada skrin yang memastikan skrin nampak terang serta jelas di bawah matahari yang terik. Penstriman kandungan HDR10+ turut boleh dilakukan.

Apabila dipasang kepada kerangka Book Cover Keyboard, mod DeX akan diaktifkan yang mengubah antaramuka tablet menjadi seakan sebuah komputer riba. Sempena pelancaran Samsung menawarkan langganan aplikasi GoodNotes percuma selama setahun. Ini kali pertama GoodNotes ditawarkan ke peranti Android. Langganan percuma Clip Studio Paint selama enam bulan juga diberikan dengan setiap pembelian.

Harga jualan Samsung Galaxy Tab S9 Ultra, Tab S9+ dan Tab S9 di Malaysia adalah seperti di bawah bermula 18 Ogos 2023.

0/komen