Apple A17 Pro Dilancarkan


Cip Apple A17 Pro turut dilancarkan dan ia digunakan pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Apple meneruskan strategi menawarkan cip baharu pada model Pro sahaja tahun ini sejak ia dilakukan pada siri iPhone 14 Pro.

A17 Pro ialah cip pertama menggunakan teknologi 3nm TSMC yang akan menawarkan peningkatan prestasi CPU serta pada waktu yang sama mengurangkan penggunaan bateri. Ia juga cip pertama dalam siri A yang menggunakan nama Pro dan bukan lagi Bionic yang digunakan sejak A11 Bionic pada tahun 2017 menerusi iPhone X dan siri iPhone 8. Sebelum ini nama Fusion digunakan.


Menurut Apple, CPU enam teras A17 Pro adalah sehingga 10% lebih pantas berbanding A16 Bionic. Sementara itu GPU enam teras baharu pula adalah sehingga 20% lebih pantas berbanding pada A16 Bionic. Prestasi sehingga 4X lebih pantas untuk ray tracing dan 2X lebih pantas untuk kecerdasan buatan juga boleh dicapai menerusi cip baharu ini.

Ini membolehkan iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max menjalankan permua Resident Evil 4, Resident Evil Village, Assassin’s Creed Mirage dan Death Stranding hadir ke telefon pintar buat pertama kalinya. Selama ini kesemua permainan yang disenaraikan di atas hanya ditawarkan pada konsol serta PC sahaja.
 

0/komen