Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta Generasi Kedua Dilancarkan

Bukan sekadar set kapal MX Meta Quest 3 dilancarkan. Cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi kedua turut diperlihatkan kali ini dengan sokongan kecerdasan buatan Meta AI. Ia ditawarkan dalam dua rekaan iaitu Wayfarer dan Headliner dengan variasi warna Jeans, Rebel Black, and Caramel.


Ia dijana cip Qualcomm Snapdragon AR1 Gen1 dan dilengkapi kamera 12MP ultra sudut lebar. Dengan ini pengguna bukan sahaja boleh mengambil gambar serta video, tetapi juga boleh menstrim terus ke Facebook atau Instagram. Lima mikrofon pada bingkai membolehkan audio 360 darjah dirakam. Rakaman video pula adalah sehingga 1080p selama 60 saat.

Penambahbaikan lain terletak pada speaker yang 50% lebih lantang dan bass yang 2X lebih kuat dentumannya. Tambah Meta lain, cermin mata tahun ini juga berkeupayaan beroperasi sehingga 36 jam dengan sekali caj. Buat pertama kali juga ia mempunyai kemampuan kalis air IPX4.


Cermin mata boleh dikawal sepenuhnya dengan arahan suara. Dengan arahan “Hey Meta”, Met AI boleh diseru untuk mengambil gambar, memulakan sesi penstriman dan menghantar gambar kepada rakan taulan

0/komen