Huawei FreeClip Dilancarkan

Sepasang fon telinga nirwayar baharu Huawei FreeClip dilancarkan dengan rekaan yang unik kerana nampak seperti sepasang subang. Pada dasarnya ia merupakan fon telinga terbuka yang terdiri dengan dua bahagian melipui Comfort Bean dan Acoustic Ball yang dicantum pula dengan C-bridge Design.

Secara khusus bahagian Comfort Bean diletakkan pada bahagian belakang telinga, sementara itu Acoustic Ball pula dimasukkan ke dalam telinga untuk pendengaran audio. Kawalan sesentuh sepenuhnya disediakan pada permukaan fon telinga dan Huawei mendakwa turut selesa digunakan tanpa masalah.

Bateri diberikan boleh beroperasi sehingga 36 jam dengan bantuan pod pengecas, di samping boleh dicas dalam hanya 40 minit. Dalam masa sama turut melepasi piawaian IP54. 



 

0/komen