Kabel USB-C Thunderbolt 5 Di Apple Store


Apple telah memperkenalkan cip Apple M4 Pro yang lebih berkuasa dan efisien. Ia menyokong sehingga 14-teras CPU dan 20-teras GPU. M4 Pro menggunakan rekaan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien pada bahagian CPU, dan menyokong memori sehingga 64GB RAM. Ia turut mempunyai kuasa Neural Engine yang 3x lebih pantas berbanding cip M1. Tidak lupa juga yang cip ini membawakan sokongan Thunberbolt 5.

Thunderbolt 5 bagi yang tidak tahu ia adalah piawaian USB generasi baharu oleh Intel yang menyokong pemindahan data mencapai 120Gbps, sokongan USB4 V2, Display Port 2.1 dan juga PCI Express Gen 4. Dengan pengenalan cip M4 Pro pada Mac Mini baharu, Apple Malaysia turut mula menjual kabel USB-C Thunderbolt 5 dengan harga RM399.
 
Thunderbolt 5 (USB‑C) Pro adalah kabel USB-C 1 meter jenis braided agar tidak mudah terbelit. Ia hadir dengan pilihan warna hitam, turut menyokong pemindahan data Thunderbolt 3/Thunderbolt 4/USB 4 sehingga 40Gb/s dan USB 3 sehingga 10Gb/s dan pengecasan pantas mencapai 240W. Kabel ini tersedia untuk dibeli dengan penghantaran atau Apple Pick Up bermula dari  5 November 2024 yang lalu.

komen