Campak Anak Dalam Banjir


Seorang lelaki mencampakkan anaknya yang masih kecil ke sebatang jalan yang ditenggelami banjir.

Kejadian berlaku di Jalan Perum Logam Bangun Setia 2 dekat Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ini menunjukkan suspek menjerit sebelum mencampak anaknya dengan kuat. 


Ketua Polis Metro Bekasi, Komisioner Onkoseno Grandiarso Sukahar berkata, suspek dikenali sebagai FY ditahan selepas isterinya membuat laporan. 

“Anak mereka yang berusia dua tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki serta pinggul." 

“Suspek ditahan dan siasatan sedang giat dijalankan,” tambahnya.



komen