
Malam itu, aku tiba di pondok pengawal lewat daripada biasa dalam pukul 9 kerana ada urusan di rumah. Perjalanan ke sekolah terasa lain macam. Hujan gerimis yang turun sejak.petang menambah suasana dingin dan suram. Aku menapak masuk ke pondok pengawal dengan langkah berat. Dari jauh, aku nampak Udin, rakan sekerja yang baru pertama kali bertugas malam, sedang berdiri dengan lampu suluh di tangan.
Wajahnya jelas menunjukan rasa tak selesa, malah pucat seperti tiada darah. Aku sengaja memerhatikannya sebentar sebelum melangkah masuk. Sebaik au sampai, dia terus memandangku dengan muka resah. Aku tahu dia takut, jadi aku tak lepaskan peluang untuk mengusiknya. "Din, kau tahu tak? Orang kata dekat lorong belakang
sekolah ni ada perempuan rambut panjang" kataku dengan nada serius sambil mengerling ke arahnya. Udin telan air liur, matanya terbeliak. "Bang, janganlah cakap macam tu" katanya dengan suara bergetar.
Aku hanya tersengih nakal.Tak lama selepas Udin keluar memulakan rondaan, aku duduk di kerusi pondok. Aku perasan angin malam bertiup lebih sejuk dari biasa, membuatkan bulu tengkuk berdiri. Beberapa minit. kemudian, pintu pondok tiba-tiba dibuka dengan kuat. Aku tersentak, menoleh & nampak Udin masuk dalam keadaan basah kuyup akibat gerimis. Nafasnya tercungap-cungap. "Bang Hisyam! Aku nampak. perempuan dekat lorong belakang!" katanya sambil memegang lutut, suaranya bergetar.
Mukanya pucat, malah hampir kelihatan seperti tak berdarah. Aku tergamam sekejap, kemudian ketawa. "Perempuan apa pula kau nampak ni, Din? Jangan-jangan kau nampak bayang sendiri" aku balas sambil mengibas tangan. Udin menggeleng kepala, bibirnya menggigil. "Dia tengok aku, bang, muka dia seram" katanya yang hampir menangis. Aku mula rasa tak sedap tapi ego aku menolak rasa takut itu. "Sudahlah, Din. Jom kita pergi tengok sama-sama." aku ajak dia, cuba menyembunyikan rasa seram yang mula (menjalar dalam dada aku.Lorong belakang sekolah itu memang sunyi, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bau busuk menusuk hidung sebaik melangkah
sampai.
Aku suluh Sekeliling dengan lampu suluh dan cuba untuk bercakap tapi rasa seram mula mencengkam dada aku. "Din, betul ke kau clocking kat sini tadi? Kawasan ni tak perlu pun," aku tanya perlahan sambil memandang wajahnya. Tapi Udin hanya berdiri diam, matànya menatap kosong ke hujung lorong yang gelap. Dia angkat tangannya, menunjuk ke arah sana tanpa berkata. Hati aku mula rasa tak keruan. Dalam keadaan itu, aku terasa sesuatu yang lain. Perasaan seperti ada yang memerhati aku dari jauh & makin
lama makin dekat.
Aku beranikan diri menoleh ke arah Udin & apa yang aku lihat membuatkan darah aku hampir beku. Di belakangnya, ada seorang wanita dengan rambut panjang kusut, berbaju lusuh, berdiri dengan kepala yang sedikit miring ke tepi. Rambutnya menutupi hampir seluruh wajah & dia sedang
memandang tepat ke arah aku."Udin.. toleh belakang aku memberi arahan kepada Udin, namun kaku seperti tidak mendengar.
Wanita itu mula bergerak. Jantung aku berdegup kencang & aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku mengundur perlahan-lahan tapi kaki aku terasa berat seperti- diikat. "Udin, lari!" akujerit tetapi dia tidak berganjak. Wanita itu makin dekat & aku rasa seperti masa bergerak terlalu lambat. Akhirnya, aku buat keputusan paling pengecut, aku tinggalkan Udin di situ. Dengan tenaga yang tinggal, aku lari sekuat hati, langsung tidak menoleh ke belakong. Sampai di pondok pengawal, aku cepat-cepat tutup pintu dan menunggu Udin.
Tapi, dia tidak sampai, setelah 20 minit menunggu. Aku cuba menelefonnya dengan tangan menggigil. Suara Udin di hujung talian hampir buatkan aku hilang kewarasan. "Bang Hisyam, aku dah balik rumah! Aku kena kacau tadi sebelum kau sampai. Aku tak tahan, aku terus
balik!" katanya dengan suara yang masih ketakutan. Kepala aku pening, Kalau Udin dah balik, siapa yang aku bawa ke lorong tadi?Aku terduduk di lantai pondok, tubuh aku menggigil. Fikiran aku bercelaru. Tiba-tiba dari sudut mata, aku nampak sesuatu di luar pondok.
Bayangan hitam melintas di bawah cahaya lampu jalan. Bila aku memandang dengan lebih jelas, wanita yang sama berdiri dengan kepala miring dengan senyuman menyeramkan. Dia hanya berdiri di situ dan memandang aku tajam. Telefon aku berbunyi lagi,
nombor tidak dikenali, Dengantangan menggigil, aku menjawab. Suara serak seorang wanita kedengaran
"Takut ke? tadi bukan berani sangat?" Kata-kata, itu membuatkan tubuh aku terasa lemah. Tiba-tiba, lampu pondok padam meninggalkan aku dalam kegelapan pekat. Hilaian halus mula memenuhi ruang, dikuti oleh
tawa kecil yang bergema, membuatkan aku tidak mampu bernafas. Dunia aku tiba-tiba gelap & aku rebah, tidak sedarkan diri. Esoknya, aku ditemui oleh pengawal dalam keadaan lemah. Aku tak mampu berkata-kata, hanya terbaring sambil memandang kosong. Selama seminggu aku demam & dihantui oleh mimpi lembaga wanita itu.
Catat Ulasan